cinta itu menyenangkan hati jika kita tahu menghargai pasangan.Ramai yang mengharapkan pasangan mereka menghargai mereka namun terlupa diri sendiri tidak menghargai pasangan. Mulakan kebaikan dari dalam diri sendiri barulah kebaikan itu akan berjangkit. Kebaikan akan terus menjadi viral dan mengharmonikan cinta itu.
Kuasa positif akan menguasai diri jika kita sentiasa membenarkannya masuk ke dalam diri. Mungkin ramai bertanggapan bahawa adalah mustahil mencapai kebahagiaan dan kegembiraan. Sedar tak sedar tanggapan ini telah merosakkan mereka secara tidak langsung dan akhirnya mereka terperangkap dengan kuasa negatif. Jangan sesekali bersangka buruk atas segala kejadian. Sebab itu dalam islam segala ujian di timpa,mesti ada hikmahnya.
Sebagai manusia kerdil kita harus akui,Allah ada perancangan lebih baik untuk kita selagi kita berusaha. Jangan putus harapan kerana Allah tidak suka hambanya yang putus asa. Mengalah bukan sikap orang berjaya. Jadi dalam cinta,jika mahu berjaya,perlu ada sikap berbaik sangka. Hargai pasangan,moga ianya akan berjangkit dengan pasangan kita.
Sekali kita bersangka buruk dengan pasangan,maka begitu juga pasangan kita akan berperasaan begitu kepada kita.Moga segala nukilan hari ini akan membuka mata mereka yang bercinta.
Cinta kadangkala akan memberikan kepahitan jika pasangan memberikan seribu alasan untuk tidak melangkah ke peringkat lebih serius seperti mengikat dengan tali pernikahan. Seribu alasan diberi antaranya sibuk dengan kerjaya, mahu menumpukan kepada keluarga,mahu adik-beradik lain kahwin dulu dan bermacam-macam alasan yang dikira tidak masuk akal.
Alasan ini sebenarnya satu petanda si dia tidak mahu serius.Jika ianya terlalu kerap diberik alasan pastinya adalah petanda tidak baik. Ramai pasangan bercinta mengidamkan titik noktah dengan hubungan perkahwinan. Ya memang itu yang diharapkan,namun jika pasangan anda mencari alasan untuk mengelak ianya bukan petanda yang baik.
Cinta tidak seharusnya diabaikan dengan seribu alasan yang akan mengundang kepada kebimbangan. Ramai dikalangan kita akan berasa bimbang jika berasakan tidak terjamin. Dalam cinta kahwin merupakan jaminannya(walaupun perkahwinan tidak menentukan bahagia namun perkahwinan adalah jaminan kepada rasa selamat)
Baiklah soal bahagia dalam perkahwinan adalah soal ke dua,hal ini boleh dipupuk dan di didik.Tetapi jika pasangan lama bercinta mencari seribu alasan untuk berkahwin memang itu sesuatu yang harus difikirkan. Jangan sampai cinta itu akhirnya terkubur dengan detik perpisahan tanpa ikatan. Nasihat saya jika bercinta jangan lama-lama,biarlah kita bercinta selepas kahwin InsyAllah akan kekal lama.
No comments:
Post a Comment