Ada beberapa petua yang saya ada terbaca dalam beberapa artikel tentangbagaimana untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada orang-orang yang sudah berumur. Berikut ini disenaraikan beberapa petua yang boleh diamalkan. Semoga dapat sedikit panduan ;
- Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
- Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
- Makanlah biji buah Peria.
- Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
- Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
- Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
- Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
- Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
selamat mencuba kawan2..
No comments:
Post a Comment