Saturday, December 17, 2011

tips nak lupakan bekas kekasih


cinta too memang hebat penangan nyer,tambahan lagi bila apa yang kita harapkan putus ditengah jalan..sedih dan patah hati xde sape taw..jangan sesekali berasa terkilan dan sedih kerana semuanya hanya sia-sia...teruskan melangkah ke hadapan dan bina hidup baru..jom try tips kat bawah nie, mane lah taw ia dapat membantu u all's kua dari kesedihan ini.
  • kalau tiap-tiap kali online,tangan tu tak payah nak menggatal pergi jenguk blog dia ke,facebook ke,pergi stalk gambar-gambar dia ke..apa-apa sahajalah yang berkaitan dengan dia...sebab bila tengok,perasaan rindu tu pasti datang balik
  • delete semua gambar-gambar yang korang pernah ambil bersama-sama dulu..tak kiralah gambar yang pergi dating ke,makan ke atau apa-apa sahaja yang menggambarkan betapa bahagianya korang dengan si dia..
  • aktifkan diri atau sibukkan diri dengan aktiviti lain bersama rakan-rakan,tak payah nak fikir lagi pasal perkara yang dah lepas tu..yang lepas tu biarlah lepas,tak payah nak dikenang lagi..jangan mengada nak duduk tepi katil,lepas tu terbayang saat-saat indah main kejar-kejar tepi kolam =p
  • simpan semua hadiah-hadiah atau gambar-gambar ketika bersama dahulu di tempat yang agak jauh dari pandangan mata kita..cth:dalam stor barang-barang....kita akan cepat lupa bila kita tidak melihat barang-barang tersebut
  • padam sahaja semua no.telefon,e-mel,atau apa sahaja yang boleh menghubungkan korang berdua..tetapi bagi yang masih boleh berkawan seperti biasa adalah tidak menjadi masalah..
  • cuba ingat balik apa perkara buruk yang pernah dilakukan sidia terhadap kamu..contohnya si dia suka membanding-bandingkan kamu dengan rakan-rakannya yang lain,komen tentang perangai,penampilan kamu dan sebagainya...mungkin si dia banyak sakitkan hati kamu,dengan mengingat perkara buruk tentang dirinya sudah pasti semua perkara indah-indah dapat dilupakan
  • carilah rakan-rakan sebagai teman setia dan pendengar..jika hari minggu kamu tidak dapat diluangkan bersama si dia lagi,cuba ciptakan aktiviti hari minggu yang menaarik bersama rakan rakan seperti memancing,jogging,bermain futsal dan sebagainya..
  • sentiasa bertanya dan muhasabah diri sendiri...adakah si dia terlalu baik dan sempurna bagi anda??atau anda yakin si dia dapat memberi kebahagiaan kepada anda??kalau masa bercinta pun dah boleh buat hal macam-macam,apatah lagi berkahwin..jadi ingatlah dan yakinlah bahawa si dia bukan diciptakan untuk anda..
  • dekatkan diri dengan yang maha pencipta dan keluarga...sebagai orang islam,reda dan terima seadanya..sentiasa solat dan membaca quran pasti akan dapat menyejukkan jiwa yang kacau teringatkan kisah-kisah lama yang pastinya membuatkan anda bertambah sedih...

No comments: