Memiliki ulas bibir yang sihat dan segar sentiasa menjadi idaman kita terutama sekali bagi golongan wanita. Tetapi itu tidak bermakna golongan lelaki mengabaikan penjagaan di bahagian ini. Jom ikuti mekar menyelidik tips-tips untuk mengatasi masalah yang berlaku pada bibir seperti berikut :
1. Bibir lebam
Jika bibir anda pucat dan lebam, anda boleh pulihkan bibir anda agar kelihatan merah dan berseri-seri.
Caranya : Ambil sepotong halia yang telah dibersihkan lalu tumbuk halia tersebut jangan sampai hancur. Sapukan pada bibir anda biarkan sehingga kering. Setelah itu barulah dicuci. Lakukan cara ini 2X sehari sehingga anda memperolehi hasilnya.
Caranya : Ambil sepotong halia yang telah dibersihkan lalu tumbuk halia tersebut jangan sampai hancur. Sapukan pada bibir anda biarkan sehingga kering. Setelah itu barulah dicuci. Lakukan cara ini 2X sehari sehingga anda memperolehi hasilnya.
2. Bibir pucat
Bibir dan muka yang pucat mungkin disebabkan anda kekurangan darah.
Caranya : Sediakan setiap hari 2 biji ayam kampong dan 1 sudu besar madu lebah. Telur ayam tadi hendaklah direndam setengah masak. Setelah itu, pecahkan di atas piring dan campurkan dengan madu lebah. Makan pada waktu pagi. Lakukan sehingga bibir anda sudah pulih.
3. Bibir hitam
Jika anda seorang perokok, tentu bibir anda kelihatan lebam dan hitam.
Caranya : Sapukan bibir anda dengan mentega sebelum anda menghisap rokok. InsyaAllah ini boleh menghindari bibir anda daripada lebam. Tapi awas.. jangan pula anda menjilat sehingga licin mentega yang disapu tu. Kelak nanti kesannya tidak seperti yang diharapkan
4. Bibir pecah
Banyak orang mudah terjadi bibir seperti ini. Biasanya ia pecah dan merah-merah kerana cuaca persekitaran yang terlalu panas. Terdapat juga golongan wanita yang alah dengan gincu bibir yang dipakai.
Caranya : Minumlah air kelapa muda bercampur kuning telur dan sedikit madu lebah. Lakukan 1X sehari sehingga bibir pulih seperti sediakala.
No comments:
Post a Comment