Kalau ditanya aku tentang ikhlas, sungguh aku keliru. Aku tak tahu apa ertinya, apa rasanya. Ada orang kata ikhlas itu niat kerana Allah, ada orang kata buat bukan kerana apa-apa tapi kerana rasa nak buat. Mana datang rasa nak buat itu kalau tak dipengaruhi sesuatu? Sayang, cinta, tanggungjawab, material, dan macam-macam lagi mampu jadi pengaruh.
Aku keliru, macam-macam definisi ada. Tapi satu aku pasti ikhlas itu cuma Tuhan yang layak menilai. ‘Ikhlas’ di mata manusia belum tentu ikhlas di mata Allah.
Dan setakat ini aku tak mampu mengatakan aku ikhlas kerana aku tak tahu apa itu ikhlas yang sebenar. Tapi aku cuba sedaya upaya memperbaiki setiap niat aku kerana Yang Maha Esa, kiranya itu lah ikhlas yang sebenar.
Muslim. Mukmin. Muttaqin.
Mukhlis. Yang tak mampu dinampak dari zahirnya.
No comments:
Post a Comment