Wednesday, October 3, 2012

lelaki minat perempuan macam mane??

ASSALAMUALAIKUM.. 
setiap lelaki dan perempuan mempunyai ciri2 pasangan idaman masing2 kankan..Same lah jugak mcam aku. tapi entry kali mengenai ciri2 perempuan idaman lelaki. Apa kata lelaki.. katanyaaa... 
pengakuan dari seseorang jejaka..


Kita mula dari segi fizikal dahulu ya? 
1. Aku suka atau lebih tertarik pada perempuan free-hair. Simple potongannya dan tidak berwarna. Paras bahu. Tidak gemar pada perempuan bertudung labuh. Tidak gemar pada perempuan over-fashion pada tudungnya (lilit seakan mumia mesir misalnya). Jika suka pada perempuan bertudung, lebih prefer pada perempuan bertudung bawal. Ada sebab kenapa aku lebih prefer perempuan free-hair. Bila aku lihat diri aku yang agak gemar memakai seluar three-quarter, takkanlah aku nak pilih perempuan bertudung?
 2. Aku suka atau lebih tertarik pada perempuan yang memakai baju longgar. Tidak gemar pada perempuan memakai pakaian agak atau terlebih ketat dan sendat serta seksi. Cukuplah dengan memakai t-shirt bersaiz M jika sepatutnya badan perempuan itu bersaiz S. Oh, perempuan memakai sweater lagilah aku suka.
 3. Aku suka perempuan yang beratnya dalam jangkaan 38kg hingga 46kg. Tinggi dalam jangkaan 150cm hingga 160cm. Senang cerita, ngam-ngam pada BMI normal. Maaf jika tak terpilih. Hihihi. 4. Ada buah dada. Hehehe. (Kamonn, jangan flat sangat ok?) 
5. Berkulit cerah. Definisi cerah ini ada banyak seperti putih cerah, kuning langsat cerah, hitam manis cerah, dan sawo matang cerah. Atau lebih aku ungkapkan, cerah kerana ada sinar pada wajah hasil air wudhu dan kesan bersolat. Zinggggg! 
 6. Comel. Definisi comel bagi aku bukan secara keseluruhan. Pada wajah kita mesti ada satu bahagian yang comel. Begini aku bagi contoh; 'Perempuan itu biasa saja wajahnya, tapi dia comel sebab pipi dia rasa geram nak dicubit-cubit'. Atau, 'Perempuan itu taklah cantik sangat tetapi dia comel sebab ada lesung pipit bila tersenyum'. Dan seterusnya-lah yang difikirkan sesuai. 
 7. Suaranya memang suara seorang perempuan. Aku rasa aku kurang gemar dengan perempuan bersuara kuat dan lantang. Suara yang lembut dan sopan menjadi keutamaan. Dah serik hendak bercinta dengan perempuan suara speaker 3 Ampere. Lagi-lagi bila jenis takut kucing, jerit sampai satu medan selera dengar. Malunya......
 8. Suka pada perempuan yang gayanya berjalan tidak berterabur, tidak kelam kabut, tidak terhuyung-hayang dan tidak berjalan terlalu lambat. Suka pada perempuan yang berjalan pantas. Tak kisahlah mana-mana. Jalan biar badan tegak. 
 9. Tidak gemar pada perempuan yang bersolek keterlaluan dan tidak kena dalam solekan. Juga tak suka pada keterlaluan berfesyen. Seperti mengenakan pemerah pipi padahal hanya mahu ke pejabat pos. Atau mengenakan evening dress with eye shadow padahal hanya mahu makan roti prata di kedai mamak. 
 10. Suka pada perempuan yang wangi terutama wangian yang berperisa buah-buahan. Bau perfume yang sengit amatlah tidak digemari. Mohon beli pewangi di Body Shop ya? 

 Dari segi keperibadian pula;
 1. Amat gemar pada perempuan yang besederhana-aktif dalam bersukan. Perempuan itu menguasai satu jenis sukan seperti bola jaring misalnya. Namun tidaklah terlalu komited pada sukan itu sampai hendak meluangkan masa bersama pun tiada. 

  •  Tidak gemar pada perempuan yang bercakap dengan gaya yang pelik. Antara gaya yang pelik pada tafsiran aku ialah; Terlalu manja. Cakap meleweh 'nyeh nyeh nyeh' senyum senyum macam kerang busuk. Yarabbi meremang bulu roma.
  • Kasar dan kurang ajar. Cara bercakapnya penuh dengan sarkastik yang menyakitkan hati. Nak bersarkastik boleh, tapi jangan menyakitkan hati. Mohon bersarka yang humor, bukan bawa kepada kelukaan.
3. Suka pada perempuan yang bercakap dengan fakta. Berhemah dan ada timbal-balik. Iaitu bila kita ber-conversation, ada bergilir-gilir. Mula-mula aku cakap, lepas itu giliran dia, dan seterusnya bergilir. Bukan jenis potong line. 
 4. Bukan jenis pemarah dan cepat marah. Walaupun dia nampak aku seperti marah bila bercakap, sebenarnya aku tak marah. Nasihat.
 5. Tidak suka pada perempuan yang angkuh tak kena tempat. Dan berhipokrasi dalam keangkuhan. Iaini di depan aku berhemah, di depan orang lain bersikap angkuh dalam berkata-kata. Mengapa ya? 
 6. Aku respek dan sangat suka pada gadis yang menolak jika aku mula tak sengaja atau tak sedar rasa biang dan gatal seperti mengajak naik motor bersama atau mengajak dating di tempat sunyi. Sekali aku ditolak. Aku rasa terpukul. Dan aku secara tiba-tiba berkata dalam hati; 'Perempuan ini layak jadi isteri aku'. 
 7. Bila dia ketawa, dia tutup mulut dia. Walaupun gigi dia cantik dan bibir dia merah bak delima. Sebab apa? Itu rahsia. 
 8. Bila dia makan, dia lihat aku makan. Dia juga makan, tapi dia lebih gemar melihat aku makan dahulu, bila puas lihat, barulah dia makan dengan normalnya. 
 9. Aku suka pada perempuan yang sedikit comot. Maksud aku, bila aku berjumpa dia dalam keadaan comot, dia tak rasa malu. Jika malu pun, dia pura-pura tebalkan muka. Padahal aku tak kisah. Dan aku suka lihat dia dalam keadaan comot kerana seharian bekerja atau ke hulur-hilir melakukan tugasan luar. Lagi aku suka kalau dia comot sebab dia baru lepas masak. Sudahlah comot, pandai masak pula tu. Luruh jantung tahu? 
 10. Bukan dia yang melakukan sentuhan fizikal pada aku dahulu pada perkenalan pertama. Sentuhan fizikal seperti mencubit, atau menggunakan jari telunjuk untuk di cucuk pada pinggang aku, atau tendang-tendang kaki, atau pelempang atau pegang tangan. Sukar untuk aku terima perempuan sebegitu. Biarlah aku yang mulakan ok? Takdelah dalam hati aku berkata; 'Eh perempuan ni pasal apa? tak kena langsung'. 

aku selalu nampak pasangan mcam nie..bagai pinang dibelah brapa entah..HAHA


Tetapi inilah pilihan dia. Bagaimana pula jawapan jujur peribadi korang ??? :D
nanti kita selidik yang perempuan punya pulak okay :D

No comments: