Monday, February 14, 2011

5 SIGNALS KITA TIDAK SUKAKAN DIA..

1. Apabila tidak berjumpa, dia terus dilupakan
Kalau kita dah sukakan seseorang, mestilah si dia saja yang bermain di fikiran 24-7. Nak makan nampak muka dia kat pinggan, bangun tido pun nampak muka dia, nak lepak dengan member-member pun kita teringat kat dia. Ada pulak kes yang nak cover perasaan n tak nak nampak sangat tengah angau so, kita ignores him/her. Cuba nak hilangkan rindu dengan baca sms dia banyak kali. Kalau dia ade profile I.e Friendster, Tagged, banyak kali kita singgah n tengok. Jangan haraplah nak tinggal mesej or comment coz malu punya pasal. Bila si dia call pun terasa berdebar-debar di dada. Kalau anda tidak rasa semua ni, maksudnya kamu berdua tak ada apa-apa la tu.
 2. Kita tak nak kenalkan dia pada kawan-kawan atau keluarga
Walaupun dia segak, macho, berduit tapi kita tak rasa nak kenalkan dia pada mak bapak atau kawan-kawan baik kita. Mungkin sebab kita dah agak yang dia mungkin akan merosakkan first impression mereka. Lagipun kita bukan nak serius dengan dia sangat. Kalau dah kenalkan nanti, tiba-tiba jika mak ayah berkenan tak pasal-pasal kita kena serius dengan dia pulak. Padahal, dalam hati tak ada cinta pun. Melepaslah peluang nak kenal dengan mamat/awek hot yang lain.
3. Kalau dia keluar berseronok tanpa kamu pun kamu tak kisah
Dia cakap malam jumaat nak keluar dengan member-member gi tengok wayang. Kamu tak kisah. Dia cakap hari Sabtu plak nak gi layan lap kat Genting. Kamu tak heran pun. Kamu langsung tak rasa apa-apa bila dia keluar macam orang bujang berfoya-foya tanpa kamu. Malah, kamu lebih tenang dan happy tanpa si dia. Pulak dah.. Kalau kamu tak rasa jealous, tidak senang, risau dan sebagainya, itu menunjukkan petanda besar.
4. Tak rasa excited untuk bersama dia
Ini untuk bukan Islam dan yang dah berkahwin. Kamu tak rasa ingin selalu bersama dengan dia. Tak kisah pun kalau ‘main’ seminggu or sebulan sekali. Dalam kata lain, tak ada ‘feel’ la.. Tak mengghairahkan langsung… Kalau boleh kamu tak nak kelihatan tanpa seurat benang di hadapan dia. Wah..petanda bahaya ni. Sebab kalau kita sukakan dia tentu kita ingin dibelai dan disentuh dengan ‘barang’ pujaan kita.
5. Mula terfikir pengganti yang baru
Bila kita dah rasakan semua petanda di atas, mulalah terfikir untuk mencari yang lain. Kita mula meng’usha’ di luar sana untuk mencari jejaka-jejaka atau gadis-gadis yang masih available. Kita pun mulalah nak menilai kembali pilhan-pilihan yang ada. Dalam erti kata lain, pasang lagi satu atau mencari pengganti.
P/s : ‘Bilang saja bila kau mahu, bilang saja bila tak mahu, katakan.. sejujurnya.. kepada dirinya.” KALAU BILANG NANTI, JADI PERIGI CARI TIMBA LAH PULAK..

No comments: