Tuesday, November 8, 2011

luahan hati


Aku rasa korang semua mesti penah dengar kan ayat ni, saya sayang awak lebih (I love you more). Dalam sebuah relationship, memang akan ada satu pihak yang akan lebih menyayangi. Tak boleh tidak, mesti ada punya. Cuma dalam hal ni, apa yang terbaik? Lelaki yang lebih menyayangi atau perempuan? Pada aku, lebih baik lelaki tu.Kenapa? Pertama sekali sebab lumrah lelaki tu sebagai pemimpin dalam relationship tu. Mana boleh kalau perempuan memimpin atau memainkan peranan sebagai boss dalam sesebuah hubungan, biarpun kadangkala dari segi ekonomi perempuan tu lebih mampu. Kalau berlaku macam tu, memang queen control dah. Lelaki mesti mengambil peranan yang penting dalam sesebuah hubungan. Kalau berselisih faham atau apa, lelakilah yang perlu bertolak ansur dulu.
Perempuan pula, kalau dia dah sayang lelaki tu memang dia sayang. Simple je sebenarnya benda ni, tapi itulah dalam hidup ni macam-macam benda boleh buatkan sesebuah hubungan tu rumit dan kadang-kadang mendatangkan masalah. Dalam sayang perempuan nilah kadang-kadang berlaku perempuan tu akan lebih menyayangi berbanding lelaki. Bila benda ni berlaku, kena ada check and balance balik sebab lelaki adalah oportunis. Bila berada dalam zon selesa macam ni, lelaki mulalah jadi tak betul. Yang gatal tu, gatallah dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa.. yang jenis workaholic tu, kerjalah sampai pagi. Perempuan dia terabai, kurang kasi sayang.Tapi si gadis pula memang tak nak give up. Dia fikir apa yang dia buat tak cukup bagus untuk boyfriend dia. Jadi dia berusaha lagi kuat untuk tunjukkan kasih sayang dia. Luangkan lebih banyak masa. Telefon selalu. Yang si lelaki ni pulak jadi makin rimas girlfriend asyik cari je. Tak bebas. Walaupun begitu, bila si gadis merajuk, tetap dipujuk. Lepas pujuk, dia buat perangai endah tak endah balik. Relationship tu dah jadi lain.
Banyak sebenarnya implikasi buruk kalau perempuan lebih sayang boyfriend dia. Walaupun begitu, ada je hubungan yang boleh kekal lama walaupun benda ni berlaku. Kenalah tengok jenis lelaki yang perempuan tu date. Ada je lelaki yang baik, jenis boleh dipercayai dan betul-betul ikhlas dalam hubungan tu. Tak salah pun untuk perempuan lebih menyayangi dan lebih baik sebenarnya kalau dua-dua memang komited dalam menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.Macam mana nak buat si lelaki lebih sayang? Entah la.. Benda ni datang dari keikhlasan dalam bercinta tu.. kalau dia betul-betul ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam relationship tu, memang akan nampak jelas dan nyata. Korang sendiri akan tahu. Semudah itu.

No comments: