Friday, January 20, 2012

penat jaga hati orang nie.

Letih kot kalau kita asyik nak jaga hati semua orang. Lastnya? Kita plak yang hipokrit. Jadi orang lain sebab nak senangkan hati orang. Berapa lama je kan kita mampu nak bertahan menjadi orang lain. Lagi senang jadi diri sendiri. Kalau ada yang tak suka kita, biarlah kerana kita menjadi diri sendiri kan? Tak semua orang tak suka kita. Jadi, tak yah risau kalau ada yang tak suka kita. Biarlah orang nak bercakap. Lama-lama mereka akan diam kan? Dan tambah saham pahala kita kat situ sebab orang yang kena kutuk tu, allah bagi ganjaran pahala. Siapa yang untung? Yang mengata dapat dosa, yang dikata dapat pahala. Baiklah diam dari berkata-kata. 
Tak semua orang faham kita. Kadang kita cakap lain, orang maksudkan lain. Akhirnya bila orang fikir lain, tu yang keluar isu lain. Kadang kelakar tengok orang yang suka bercakap pasal orang lain. Seolah-olah dia faham keadaan yang sebenar berlaku. Padahal? Dia juga orang luar yang hanya memerhati tanpa tahu duduk sebenar sesuatu perkara. 
Biasalah manusia. Kalau bagi jadi pengkritik, memang nombor 1. Even kawan sendiri pun kadang-kadang hipokrit p kutuk kawan sendiri. Kadang sebab perkara kecik pun nak dibesar-besarkan. Kadang lawannya kecik je. Tapi sikap sentiasa nak menang tu yang buat kita rasa kita je yang betul. Cuma kita tak perasan melukai hati orang yang kita anggap kawan. 
-Aku tak maksudkan sesiapa. Sekadar melihat perkara yang berlaku di sekeliling aku-

No comments: