Friday, June 29, 2012

rindu !

Buat Awak...

Maafkan kita andai coretan ini menganggu ruangan hidup awak ..
entah kenapa hati ini merintih memanggil awak..
mungkin kerana terlalu rindukan awak..walaupun kita tau awak rindukan kita juga..tapi kita rindukan awak macam dah bertahun-tahun tak bertemu dengan awak..

Awak..
kita..tak ingat bilakah rindu kita terhadap awak tercipta..tapi kita ingat bila kasih kita terikat..kerana hati kita milik awak..hanya ada awak..

Awak...
kita tahu kita tidak sempurna..bahkan kita selalu melakukan sesuatu yang awak tidak suka..sebab kita bukan Fatimah az-zahra..
kita juga bukan Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dan sabar dengan cinta..
adakalanya kita gagal melawan kerinduan yang hadir disisi diri kita untuk awak..
dan bila awak diam bila kita rindu, mudah saja kita merajuk dengan awak..
dan kita bukanlah Khadijah, isteri Rasulullah yang sentiasa menenangkan suaminya tika suaminya menimpa musibah dan perlukan ketenangan..
namun cukuplah kita jadikan mereka sebagai contoh untuk kita menjadi yang terbaik dihati awak.

Awak..
maafkan kita ya disepanjang percintaan kita, kerana proses mengenali antara kita berdua bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah dan bukan boleh mengambil masa yang singkat untuk kita kenali hati budi masing-masing...sedangkan hati kita adakalanya mudah rajuk, mudah tersentuh dan tersentap bila kita bersama awak..
namun kita sering berdoa pada ILLAHI moga hati ini tidak akan goncang dan berubah untuk tetap mencintai awak..

Awak...
Renungan pertama awak telah memukau hati dan minda kita,
gemuruh rasa jiwa ini tidak terlahir dengan kata-kata namun senyuman penganti bicara...
hadirnya awak dalam hidup kita membawa sinar indah..dan kini rindu mekar didalam hati kita..
saat ini, kita bagaikan mahu menyentuh bayangan awak..
walaupun hanya seketika cuma..cukup untuk menghilangkan dahaga rindu ini..
kita saling merindu, dan kenyataannya kita amat menyayangi awak sepenuh hati kita..hakikatnya kerinduan ini teramat mendalam..
hati ini tidak bisa membisu, sekalipun kita adakalanya kelu untuk menyatakan kerinduan kita ini..dan biarlah hati kita jujur berbicara..
SAAT INI..DETIK INI..TIKA INI...
kita TERAMAT MERINDUI AWAK..KITA INGIN SELALU BERSAMA AWAK.. really miss you sayang..

~~ akan ku simpan rasa cinta ini pada pemiliknya ~~

No comments: