Friday, June 29, 2012

SAYANG.

Ayang cintakan abang. Rindukan abang.


Sayang..

kala berjauhan begini, anna merasai keindahan kasih sayangmu..dalam diam ku memutar kembali segala kenangan kita bersama. Ianya terlalu indah untuk intan.. Terima kasih sayang kerana menghulurkan cinta untukku.. Rupa-rupanya kasih sayangmu kini menjadi penawarku..Saat berjauhan begini, rinduku semakin mendalam untukmu.. Walaupun kita hanya dijarakkan dengan beribu-ribu kilometer, namun kerinduan ini teramat mendalam untukmu..Sukar untuk ku lafazkan erti rindu ini kerana ianya sentiasa bermukim dihati ini setiap waktu, detik dan masa..






Sayang..






ku akui, kelemahan diriku..malahan diri ini bukanlah seorang wanita yang cukup sempurna..cuma diri ini mahu membina cinta dan dicintai dengan sepenuh hati..kasih sayangmu adakalanya merobek keegoaanku..ayang mula mengubah perlahan-lahan sikap ayang..kita mula belajar 'give and take' dalam meneruskan hubungan ini..syukur pada Allah, walau ada halangan yang melanda, kita mampu bertahan dan bersabar..cinta kita menjadi kekuatan untuk kita hadapi kegetiran yang melanda..






Sayang..

ayang amat mencintaimu..dikala ayang berada didalam dilema..didunia yang penuh ketegangan ini, hadirmu menjadi penyelamat buatku..seringkali dirimu menjadi mentari yang menyinariku..Terima kasih sayang..Cintamu ingin ku miliki selamanya.. Inginku bina mahligai cinta ini dengan senyuman dan keindahan kasihmu untukku..malahan ayang ingin memberikan dirimu kasih sayang yang tidak berbelah bagi untukmu..



Sayangku..




ayang tidak sanggup berjauhan denganmu..hadirlah sayang..dakapilah diriku dengan sinaran cintamu yang sering menyinariku..ingin ku berada dalam pelukan cintamu agar air mata kerinduan ini berkurangan..ku tahu, diri ini terlalu dekat denganmu kini..namun dalam diam, ku cuba mendakapimu selamanya didalam hatiku..ayang ingin cinta ini terus subur dihati ini..kerana ayang ingin menjadi bidadari didunia dan diakhirat untuk dirimu..

Sayang..

sepanjang percintaan..tentu ada halangan dan cabaran yang telah kita lalui..dan maafkanlah diri ini andai sepanjang percintaan ini, ayang sering mencabar hatimu yang mencintai..ayang mohon keampunan darimu..kasih sayangmu memanjakan diriku selamanya..cintamu menjadikan ayang seorang yang bahagia dengan senyuman..terima kasih sayang..






Cintaku Milikmu..Kasihmu Milikku..

Andai ayang adalah bunga abang

Abang adalah Matahari untuk ayang
Andai ayang adalah aur
Abang adalah tebing pantainya..
Ayang hanya ingin cintamu..
Cinta yang membahagiakan diri ini..
Percayalah kasih, ku amat mencintaimu..amat menyayangimu..moga cinta kita akan direstui dan diberkati Illahi..

No comments: