Tuesday, June 19, 2012

ubati hati dengan KEMAAFAN.


MEMAFKAN lebih mulia . Menghukum bukan lah kerja kita. Bialah segalanya telah diatur olehNYA.. Tidak semua orang menghargai kemaafan yang diberi . Kita hanya manusia yang sering jauh tersasar oleh keran kita hanya lah manusia biasa. SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT KAN.Kita semua tidak sempurna tp hargailah sebuah kemaafan yang diberi .BERILAH KEMAAFAN ITU WALAUPUN SUKAR.


Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberikan kemaafan sahajalah kita dapat mengubati hati yang terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi”.Luka di tangan nampak darahnya. Luka di hati siapa yang tahu. Begitu pedih hati yang terluka. Jadi timbul pula satu persoalan, apakah pengubatnya ?. Mengapa di pagi yang hening ini aku mempersoalkan tentang hati…Bila mengimbau keputusan  semalam, keputusan  yang merobek keyakinan emosi maka aku membuat persepsi ini. Ia berkait rapat dengan hati dan perasaan.Umpamanya apabila kita tercedera, luka di muka akan meninggalkan parut, selapis tisu hodoh yang menyelimuti kulit asal dan betindak sebagai tisu pelindung agar kecederaan tidak berlaku lagi di tempat yang sama. Begitu juga apabila hati kita dilukai ataupun ‘emotional injury’ ia tetap meninggalkan parut di hati nurani kita. Parut ini seolah-olah bertujuan melindungi kita daripada dilukai lagi. 
Hati kita menjadi keras dan kebal terhadap dunia luar terutama sekali terhadap orang yang pernah melukai kita. Kadangkala dalam emosi kelukaan yang begitu parah, tiada sesiapa pun dapat menembusinya kecuali empunya diri. Begitulah hebatnya peranan emosi terhadap diri kita. Seseorang yang membiarkan terus emosi lukanya bukan sahaja memisahkan dirinya daripada orang lain tetapi juga daripada dirinya yang sebenar. Bagi membuang parut luka emosi yang lama, kita sendiri boleh melakukannya. Hasilnya kita akan mempunyai wajah yang penuh keharmonian, kita juga akan mempunyai kehidupan yang lebih bertenaga baru, keteteraman dan kebahagiaan dan yang paling penting kita akan merasa bertambah sihat. Ingat! jika kita boleh memaafkan tetapi tidak boleh melupakannya ini bermakna kita tidak memaafkannya.  Ubat yang paling mujarab bagi menghilangkan rasa benci dan dendam yang akan mendorong ke arah kemaafan adalah rasa kasih dan sayang…

No comments: