Thursday, July 26, 2012

Sewaktu remaja atau di alam persekolahan ianya dinamakan Cinta Monyet. Tak tau pasaipa .. Adakah kita yg bercinta masa tuh asyik terkinja-kinja ? terlompat-lompat ? menggaru badan dan menggaru kepala mencari idea?? Tapi yg pasti; masa zaman remaja; cinta monyet itu cinta yg penuh `kenakalan'. Zaman saya dulu amat berbeza dengan zaman anak-anak pada hari ini.. Dulu ditahun 80'an , mana ada komputer; internet, handphone pon belum lagi tercipta!

Nak berkirim salam dan hendak bertanya khabar hanya boleh melalui surat-menyurat. Kalau bercinta satu sekolah atau se kelas, maka akan ada yg menjadi `posmen karat'. Maksudnya Posmen tak bergaji. Dan bila surat tuh surat ehem.. ehem... maka adalah yg bubuh bedak wangi sampai putih berdebu kena kat baju ... hu hu hu. Selalunya yg buat tuh .. surat dari budak pompuan lah kan.

Berkesempatan bertemu sahabat lama recently; byk cerita yg dapat dikongsikan bersama. Hari ini penyakit cinta bukan sahaja melanda Remaja; tetapi yg dah dewasa pon masih lagi terkena panahan asmara.

CINTA adalah anugerah Allah SWT. Bermulanya Adam cintakan Hawa; begitulah lumrahnya kehidupan apabila Allah ciptakan makhluknya berpasang-pasangan. Tak kenal maka tak Cinta; dah Cinta jiwa kan pasti melara. Menyintai seseorg (antara lelaki & wanita) adalah NORMAL. Kalau satu gender tuh ... maaf ye.. Cinta Songsang!

Bercakap tentang CINTA Agung; Bagaikan Cinta Adam & Hawa; Yusoff & Zulaikha; Laila & Majnun; Romeo & Juliet; Shah Jahan dan Mumtaz Mahal : Cinta menuntut pengorbanan.
`buang emak .. buang saudara.. kerana kasih hamba turutkan' ; inilah bait-bait lagu lama yg sangat popular taip penuh bermakna.

CINTA boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan! Sebab tuh Jangan terkejut kalau ada pasangan bercinta yg sanggup lari dari Rumah; ada yg Bercerai-berai; malah ada juga yg sanggup membunuh kerana frust putus cinta. Nauzubbilah ..
Bercinta pd usia 40; omputeh cakap: `Life Begins at 40'. Kalau dulu-dulu orang kata `Gatal'. Tetapi pada hari ini Penyakit CINTA melanda semua peringkat usia. Bercinta pada usia 40; adalah fenomena alaf baru! Ini bukan hasil kajian Saintifik; tapia inilah yg berlaku di sekeliling kita.


`Dalam akhbar Utusan Malaysia: Penceraian berlaku setiap 15 min di Malaysia...' ini semuanya berpunca dari Cinta. Kahwin sebab Cinta bercerai pula sebab: Tak Dak Cinta atau mudahnya dah jatuh Cinta pada orang lain!'


Kepada yg sedang dilamun Cinta; rasanya begitu indah dan bahagia. Bak kata P.Ramlee: `dunia ini ana yang empunya ...'

Kepada yg putus Cinta frust menonggeng; Tak lalu makan dok asyik berendam ayaq mata! 
Ramai pasangan yg frust bercinta; insyaallah akan pasti segera dilamun cinta; sebab CINTA itu ibarat makan Sambal Belacan; `walaupon pedas; tp dimakan jua' ........

Ada orang yang sanggup guna Bomoh; Tok Pawang; berdukun dan pelbagai cara untuk `memancing Cinta'. Ada orang yg kaya sanggup `melabur' wang dan harta untuk `membeli Cinta'. Manusia bisa menjadi kreatif kerana Cinta. Malangnya bila putus cinta patah hati ada yg hilang akal; lupa dunia malah hilang kewarasan diri!Sepatutnya; bila `org tua' bercinta; (maksudnya: golongan 40'an & 50'an) kita masih lagi punya kewarasan .. kita akan lebih matang dan lebih banyak berfikir dalam membuat keputusan! Tetapi jangan terkejut apabila ramai sahabat yg mengadu sakit jiwa; tak lalu makan; sakit hati; malah ada yang menangis berhari-hari kerana putus cinta. Kepada yg sedang asyik dilamun cinta; baca sms pon boleh tersenyum sorang-sorang. Tidoq pon boleh bisa jatuh katil! ha ha ha bahagia ... bahagia ...

Cinta kepada makhluk; pasti tidak kekal selamanya; malah cinta kita boleh dikhianati. Cinta kepada Khaleq (Pencipta) ianya pasti kekal abadi. Cinta kepada Yang Maha Esa; rasa Cinta yang akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat. Allah tidak pernah tinggalkan kita samada di kala kita susah mau pon sewaktu kita lupa pada Allah.

Benarlah Cinta adalah anugerah Allah SWT. Layarilah bahtera percintaan kita dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Bajailah Cinta dengan penuh kasih sayang. Yang penting kita jangan lupa batas agama dan nilai percintaan sebagai umat Islam. Perkara yang diperbolehkan dan ada perbuatan yang ditegah oleh agama kita. Kalau kita tersesat; buntu dan hilang arah tuju; kembalilah kepada Al-Quran dan hadis sebagai pedoman!


Cintailah kerana Allah; insyaallah pasti ada Barokahnya .........

No comments: