assalamualaikum sumer,
Minggu nie , minggu tersangat lah penat bagi aku.. last week dari rabu sampai jumaat outstation kat johor , . 3 days beb..tapi serius best giler2 . First day tuu kira travel days lah bak kata bos.. HEHE.Hari ni baru berkesempatan nak update kerja yang minggu lepas sebab hari Sabtu dan ahad juga tersangat lah busyyyy.
Hari selasa before bertolak, bos panggil terang2kan sikit apa yang patot kiteorang buad kat sana, .actually bos dari unit forensik keselamatan jalan yang ajak kiteorang semua bebudak practical ikot sebab kat unit forensik kekurangan staff katanya. malas nak pikir panjang2 , bos kat unit aku dah luluskan so aku dengan berbesar hatinya ikot jela.. semua yang ikot 5 orang , 3prempuan , 2 lelaki.
Yang perempuan tuu semua budak practical, 2 orang tuu yan guide kiteorang,kiranya bos laa. best giler kot, ..Dorang nie sporting gilaaa beb eventhough yang sorangg tuu dah kawen tapi jiwa remaja masih menebal. best best.
---------------------------------------------------------------------------------------
rabu:
Peerghhh!! Mersing adalah sangat jauh ok. 5-6 jam perjalanan. Aku yang duduk belakang, dari KL sampai Ayer Hitam layan tidur pun boleh 'bila nak sampai ni??' Bayangkan macamana yang bawak kereta tu. Memang letih tahap maksimalah jawabnya.
kami check in kat hotel havanita ,
Masuk-masuk terus bos gi reception kaunter dia. Soalan pertama 'berapa harga bilik semalam dik?' Hahaha.. Patut tanyalah 'ada bilik tak dik' Ni terus tanya harga. nak buat macamana, out-station awal bulan. Haruslah merancang kewangan dengan penuh teliti kan bos . Kang nak tunggu gaji melanguk makan roti kang
Terus orang kat receptionist tu hulur kertas senarai harga bilik. Okay, masih mematuhi pekeliling, tapi agak mahal.bos tanye lagi, Apa lagi 'dik, ada goverment rate kan?' Eceh, buat-buat tanya konon. Haruslah kan. Harus bermanis mulut, walau hakikatnya nak je tanya 'orang gomen bape ringgit dik?' Tersengih-sengih adik tu jawab 'ada kak, tapi kena tunjuk ID'.
Masuk je bilik aku dan kawan share bilik, terus 'wahh!! bestnya'. Tanggal kasut, letak beg yang berat macam ada batu 8 bijik tu, pasang aircond terus campak badan atas katil. Heaven sungguh rasanya. Dah la penat-penat balik dari berjemur atas jalan kat site, memang aku rasa nak tidur je. Tapi mengenangkan badan melekit, berpeluh bagai nak rak . Mandi lagi best dari tidur. Terus carik bilik air. Dan sekali lagi 'bestnya!!bestnya!!'
Lagi 1 yang best tentang Havanita Hotel. Siaran TV dia memang terbaiklah. Disney ada, HBO ada. CNN ada. Pastu ada 1 channel ni, aku tak pasti Hong Kong ke China. Tapi cerita dia smua pasal family. Stok meleleh air mata lah, tapi best. Baik-baik aku niat lepas Isyak nak tidur sampai ke tengah malam baru tutup tv.
then bos kol ajak dinner, kami semua diberi masa lepas isyak harus turun,.waaa..nasib baik aku dah mandi,
menanti kawan2 aku mandi dan bersiap pulak lahh..
...............................................................................................................................................
pusing punya pusing cari kedai makan,tak jumpa2 then last2 decide we all makan kat tepi pantai mersing...
fuhh,, best gila. berbekalkan angin sepoi2 dengan screen siap LCD lagi tuu,.memang layan la makan kat tepi tuu,
bos order ikan siakap masak 3 rase, kankung belacan, telur dada , udang goreng, tomyam seafood.semuanya untuk kami makan berlima. guess what murah giler kot, semua total rm49 jer..lauk sedap,perut pon konyangggg..disebabkan terlampau penat seharian kat atas kete, lepas makan2 terus naik hotel , aku antaranya orang paling awal lelapkan mata..hehe..
Esok pagi2 lagi aku bangun menyiapkan diri seawal 6 pgi. member aku semua masih dibuai mimpi..lepas semua dah siap, kiteorang turun untuk breakfast n check out trus,..bos sabar menanti kami bersiap..hihi
Breakfast pun bukan buffet ye. Ala-carte. Setiap pagi ada 2 menu, 1 tradisional, 1 lagi western. Sila pilih dan derang akan masak kan. Memang syiok habis la makan keow teow goreng panas-panas pagi hari kan. tapi aku pilih western memandangkan aku masih kenyang pagi2 tu, breakfast dia pun dah kenyanggg sangat da.
Dah sume siap breakfast, kami terus bertolak ke JKR mersing . dan jkr mersing bawak kami ke tempat dimana kejadian kemalangan maut tuu kerap berlaku,
kami ditugaskan mengenal pasti kelemahan struktur jalan tersebut,
nasib baik lah dulu time kat poli aku belajar bende nie sume so kira yakin la nak tunjuk kepandaian kat bos2 dan polis yang turut serta tuu,,HAHA
ANTARA ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK SITE VISIT KITEORANg |
lepas beberapa ujian kiteorang buat, hampir 2 jam berjemur di atas jalan tuu, para2 engineer ajak lah kami makan tenghari dengan dorang. Sumpah segan siyhh, then aku pulun habis jugak. lauk kat kedai bistro tuu best2 jugak, paling aku pulun sotonggg dia,,fulamak..! terangkat keningg!
dah penat2 makan2 kiteorang cepat2 bergegas ke ayer hitam , yela ..nak kejar mase nak g site ke 2 tapi last2 hujan .. bos pun decide nak bermalam kat situuu, kami check in hotel ayer hitam.Service not bad n murah !
check in hotel dalam pkul 6 gitu, dah jumpe katil .. baringg2 tak ingat dunia. Aku mandi solat ape sume .. bos ajak g mkan malam nie, ape lagii.. happy laaa.HAHA..despite that, sy enjoy je outstation sebab ambik kesempatan ni untuk jalan-jalan kat tempat orang kan.
bab kerja tu tak payah la cerita sini. kita cerita bab jalan-jalan cari makan. itu lebih hardcore dalam blog ini. yiah haha. now come! ;)
cari punya cari bos berkenan kat satu gerai makan ( lupe pulak nama kedai tuu). Bos ajak kiteorang yang practical cuba makanan kat situ.. guess what? name2 makanan kat situ sume pelik dan aku tak pernah dengar, HAHA, bos kata tuu sume makanan orang jawa..Bos suruh aku cuba.. aku pun try makan . yummmyy, memang sedapppp!!
BOS order lontong darat..huhu |
nasi ambeng, aku tak makan..tapi kawan aku ckp sedap, |
MURTABAK SINGAPORE. Rase cam mutabak biasa jer tapi dia goreng lebih crunchyyy sikit |
nie namanya LONTONG GORENG..sedap rase dia cam ala2 kuewtiew.TERBAIK |
Makanan sume murah2 .. kiteorang makan sume dalam rm40 jer.. murah kan! lepas dah kenyang2 mkan ape sume.. kami terus gerak hotel sambung berehat..yela esok nak g site visit 2nd tuu.. pukul 8 dah kene gerak dahh..huhu..
bangun pagi kemas terus check out keluarrr..DAH siap melakukan kerja sepatutnya, kami terus gerak balik KL. Memang penat but bestt gilaaa..Banyak exprience aku dapat :D
No comments:
Post a Comment